Kamis, 25 Agustus 2011

Beberapa Perkara Dan Adab-Adab Yang Harus Kita Ketahui Sebelum Mendengar Ceramah-Ceramah

Beberapa Perkara Dan Adab-Adab Yang Harus Kita Ketahui Sebelum Mendengar Ceramah-Ceramah Di Bawah Ini

1) Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga penceramah-penceramah di bawah ini. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan.

2) Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya.

3) Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang berbeza. Kita harus cuba memahami perkara ini dengan sebaik-baiknya. Memang begitulah Allah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai bangsa, budaya dan personaliti yang tersendiri. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa para sahabat Baginda s.a.w mempunyai berbagai-bagai personaliti dan gaya yang tersendiri.

Sekiranya kita tidak suka dengan gaya penyampaian seseorang penceramah, janganlah mencerca atau memandang rendah terhadapnya. (Seperti kata-kata sebegini: "Ustaz ni boring. Tak menarik langsung.".. Ustaz ni serious sangat. Mengantuk saya dibuatnya." … "Ustaz ni asyik suka naikkan suara dia je."… "Ustaz ni tak best lah. Langsung takde lawak dan kelakar"…)

Sepatutnya kita ingat, bahawa jikalau seseorang penceramah itu tidak dapat menarik hati kita dalam penyampaiannya, mungkin sahaja penyampaiannya itu dapat menarik hati dan memberi manfaat kepada orang yang lain.

Dan sekiranya kita suka dengan gaya penyampaian seseorang penceramah, mungkin sahaja penyampaiannya itu tidak dapat menarik hati orang lain.

4) Jikalau kita dapati ada perbezaan pendapat di antara penceramah-penceramah di bawah ini terhadap sesuatu perkara atau 'issue-issue' yang hanya melibatkan masalah furu'iyyah (masalah cabang-cabang dalam agama), maka hormatilah pandangan dan pendapat mereka masing-masing. Janganlah kita terlalu ta'sub atau fanatik dengan satu pendapat dan menolak pendapat lain sambil memandang rendah, mencerca atau yang lebih buruk lagi menuduh mereka kufur, sesat atau memutuskan yang mereka akan masuk neraka (Na'udzubillah) terhadap sesiapa yang berpegang dengan pendapat itu. Sikap sebegitu hanya ada pada orang-orang yang jahil.

5) Jikalau kita tidak memahami atau keliru dengan mana-mana bahagian yang disampaikan oleh seseorang penceramah, silalah rujuk dan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perkara tersebut. Elakkan-lah diri kita dari menafsirkan atau membuat andaian sendiri jika tidak pasti.

6) Akhir sekali, marilah kita ambil seberapa banyak manfaat yang kita boleh dapati dari lelaman ini. Sebaiknya, kita tidak patut memandang hanya kepada kelemahan semata-mata lalu mengutuk kelemahan itu, tetapi adalah lebih baik jikalau kita pandang lebih kepada kebaikan perkara tersebut lalu mengambil manfaat daripadanya.

Insya-Allah jikalau kita dapat berbuat demikian, mudah-mudahan Allah akan memberi hidayah dan cahaya-Nya kepada kita semua supaya mudah menerima ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Al Faqiir ilaa Robbihi, Za'iem Al-Hadi Bin Sallim - (Webmaster of CeramahIslam.com)



=========================
Agus Hariwiyono
=========================
Home :
Puri Nirwana III Blok AA No. 18
Kel. Karadenan, Kec. Cibinong, Kab. Bogor
Jawa Barat - Indonesia 16916
Hp. 0813 1026 2066
email : agushariwiyono@yahoo.co.id ; hariwiyonoagus@gmail.com
blog : http://agushariwiyono.blogspot.com
=========================
Office :
Quality Assurance,
PT. Astra Otoparts Tbk.- Divisi Adiwira Plastik

Plant 2
Jl. Raya Jakarta Bogor Km. 47
Nanggewer Mekar, Bogor 16912
Indonesia
Telp. 021-8754241 / 8754246
Fax. 021-8754245
=========================

Tidak ada komentar:

Posting Komentar