1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat wanita yang penyayang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah S.A.W. akan hal tersebut, baginda menjawab ; " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyang tidak akan sia-sia. "
2. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuanya, maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya
6. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail a.s
7. Tindakan seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat ( tebusan ) untuk dosa-
dosanya yang lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca " Alhamdulillahi " alaa Kulli Halin
Wa Astaghfirullah - Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa ". maka Allah nenetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui Siratul
Mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya
40 orang mati syahid, apabila dia selal berzikir kepada Allah selama haidnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulallah S.A.W ) di dalam
syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan,atau dua anak perempuan
atau saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga
10. Daripada aisyah r.ha. " Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuanya, lalu
dia berbuat baik kpada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga iu di bawah telapak kaki Ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua org ibu bapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pinti-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dgn tidak dihisap( kira )
14. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
merehdainya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ) .
15. Aisyah r/ha. berkata ; " Aku bertanya kepada Rasulallah S.A.W siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?" Jawab baginda ; " suaminya." " siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulallah
S.A.W " Ibunya " .
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan ( Ramadhan ),
memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana
saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun )
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighafarlah para malaikat
untuknya . Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
daripadanya 1,000 kejahatan .
19. Dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T .
Jumat, 17 September 2010
22 Keistimewaan Wanita
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar